Saturday, July 19, 2008


PENGERTIAN SOLAT
Maksud solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan, lidah dan hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Lebih jelas apa yang dikatakan solat ialah :
§ Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Dengan perbuatan itu kita beribadat kepada Allah menurut syarat dan cara-cara yang ditentukan.§ Menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah disertai dengan niat dan rasa takut serta rendah diri kepadaNya, sambil mengakui keagungan, kesempurnaan dan kekuasaanNya.§ Menyatakan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan perbuatan yang dilakukan serentak.§ Berhadapan dengan Allah dengan penyertaan seluruh jiwa dalam keadaan khusyuk dan rasa ikhlas sambil berzikir, membesarkan Allah dan berdoa
MENGAPA SOLAT?
Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110:

Maksudnya : "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."
Buku bertajuk " Solat Rasulullah" susunan Mustaffa Suhaimi, cetakan Progressive Publishing House Sdn Bhd.
Surah An-Nisaa' ayat 103 :
Maksudnya : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
Selain dari ayat-ayat al-quran yang menekankan tentang perintah sembahyang ke atas orang mukmin, ada pula sabda Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kewajiban solat antaranya:
Hadis Abi Mas'ud r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril telah turun sembahyang dengan mengimami aku. Lalu aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Kemudian aku sembahyang bersamanya. Baginda menghitung dengan jari baginda semuanya sebanyak lima kali sembahyang" Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 959

Dalam satu hadis lain maksudnya berbunyi :
" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)
Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.
Jika ikhwan dan akhowat ingin mengetahui firman-firman Allah selanjutnya mengenai kewajiban solat bolehlah dirujuk pada surah-surah berikut:
Surah AyatAl- Baqarah 177Al- Baqarah 277An-Nisaa' 162Al-Maaidah 12Al-An'aam 72Al-An'aam 92Al-A'raaf 29Al-Anfaal 3At-Taubah 11At-Taubah 18At-Taubah 71Ar-Ra'd 22Ibrahim 31Ibrahim 37Ibrahim 40Taha 132Al-Hajj 78An-Nur 56

Wednesday, July 16, 2008

matlamat kehidupanku...


setiap insan harus mengetahui matlamat
kejadian mereka... Sesungguhnya manusia
dijadikan tidak lain tidak bukan hanyalah
untuk beribadah kepada Allah... ingat tiga
perkara dalam kehidupan seharian kita....

1)dari mana aku datang???

2)untuk apa aku didatangkan???

3)ke mana akanku dikembalikan???

ingatlah....
kita akan kembali kepada tuhan...
janganlah kita terus leka dengan kehidupan
dunia....
jadilah kita dai'e yang meneruskan da'wah rasulullah s.a.w.
selamat berjuang,saudaraku....

di hati

di hati bersama mengembara
tiba masanya tika saatnya kutersa
meredah lautan kasih sinar iman yang subur
redup menyinari hati sanubariku....

ukhuwah fillah


ukhuwah yang terbina persis
sekuntum bunga meskipun kini
kita terpisah demi kasihnya

namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain dibayangan mata
detik waktu yang berlalu
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama
saling setia meimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
ingatkah kau lagi

kita bersama memijak onak duri
di tanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersirat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketentuanNya
ada hikmah yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah